Wednesday, October 7, 2009

Elakkan mengumpat...





*post nie hanye utk peringatan kpd diri sndiri dn pembace ... x de niat nk mmperli ssiape keh?? x de sape yg bley lps dr kesilapan. ttp bile kite sedar ats kesilapan kite dn b'taubat, insya-Allah taubat kite akn diterima...


Dalam hidup seharian,kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini..



Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan..dikalangan lelaki pun apa kurangnya?


Maaf kaum lelaki,inilah kebenaran.Tapi cuba kita renungkan bersama..Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat,tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat...

Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati..Dah nama pun mengumpat,tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan???

Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya,siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain?


Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni..


1)Bila berkumpul dengan kawan-kawan..


dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi.
Masa tu, kalau dah bersama, mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan.
Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.
Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.
Masing-masing ada kekurangan.Cepat-cepat istighfar,sambil tu tegurlah kawan sama..Kalau tak dapat juga..sebaiknya kita pergi dari situasi ni.



2)Bila yang nak jadi moderator 'umpat2' tu kawan baik kita sendiri..
Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?
Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni..sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.


3)Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..
dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat,Jom ambil wudhu secara Tertib.
Masa nak kumur2 tu,bacalah doa.Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa..InsyaAllah.
Semoga dengan itu,segala niat buruk tu terbatal sendiri.


5)Kalau kita selalu terlupa tentangNya, apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.
Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat.Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan??



6)Bila nak mengata orang tu..cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu..
agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..??
Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan...




Tiada unsur nak sindir sesiapa cuma sekadar memberi peringatan buat diri sendiri dan pembaca yang sudi baca.. mmg begitu sukar utk mengelak dr mengumpat ttp cuba kita belajar utk memaafkan org... boleh kn?? =] islam ni mudah sbenarnya..!